WHO ARE YOU TO JUDGE THE LIFE I LIVE? I KNOW I'M NOT PERFECT AND I DONT LIVE TO BE BUT BEFORE YOU START POINTING FINGERS MAKE SURE YOU HANDS ARE CLEAN :D

Saturday, December 29, 2012

Selamat datang :) Hii

Hello, Assalamualaikum dunia :)

Hari ini tanggal 29disember 2012 and lagi 3hari nak masuk tahun baru iaitu 2013.. Sekejap rasanya masa berlalu sebab masa begitu pantas bagi mira.. Apa yang best & indah akan kita ingat sentiasa dan apa yang teruk kita perlu berubah ke arah yang baik. Ceh! dah macam penceramah dah mira ini kan. Hihi.. 

Actually kan hari ini mira nak share satu cerita yang bagi mira agak bahagia untuk mira sebab tuh mahu share sama awak-awak semua. Hope awak semua sudi menelaah blog saya ini ok ? :) Masa 25 Disember hari tuh kan chrismas bagi orang yang memeluk agama kristian.. Merry Chrismas ! Haha Lambat mira wish kan. Is sokay --'  Malam 24 hb hari tuh dalam kol 12 gitu mira berkenalan seorang mahluk allah ini seorang lelaki yang pada mula nya agak selesa bila berbual denganya.. Tanpa sedari. Rupanya dia ini bekas pelajar utm skudai and bekas student Mak tam & Pak tam mira.. Tak sangka okay! Dia cakap da lama stalker mira sejak dia perasan dalam gmbar mak sedara mira de gambar mira.. Katanya tertarik hati dengan mira. Ceh! Kononya cinta pandang pertama.. Huhu..

Dia berminat nak berkenalan dengan mira lebih-lebih rapat sangat.. Sebab dia lihat mira ini seorang yang baik and mudah senyum. Apa tak nya, Tiap kali dia buka Fesbuk msti stalker fesbuk mira and katanya gambar-gambar mira buat dia senang hati dengan senyuman mira.. *Bangga :D Dia seorang yang sangat peramah and suka buat mira senyum yang paling best suara dia! Ohh ramntik sangat melting mira taw.. Tapi mira kena lah berhati-hati takut dia ini jahat ke apa kan.. Yang buat mira percaya sikit kat dia ini kan, mira nampak keikhlasan dia untuk kenal dengan mira dan bersungguh-sungguh nak tarik hati mira.. 

Bagi mira dia seorang yang baik, peramah, take care and always call mira tiap2 malam tapi kami jarang mesej sebab dia seorang yang sangat busy. Mana tak nya kerja office balik pun lewat dalam kol 6 petang and malam baru dapat melepaskan rindu dekat mira. Haha Dia ini kerja dalam syarikat hartanah dan masa utm dulu dia join tentera. So dia ini betul-betul habiskan masanya dengan benda faedah.. sampai sekarang always bz sampai awek pun dia takde masa nak cari tapi dia nak mira jadi teman hidupnya sampai mati. Insha-Allah kalau hati mira da terbuka mira akan terima dia sebahagian dalam hidup mira.. Kalau betul dia jodoh mira.. Serius mira terkejut dia nie kan orang kelantan. Fuyooo! Kelate mari dalam hari-hariku.. Kalau mira bercinta dengan dia pun tak salah sebab mira lagi suka cinta jarak jauh yang penting cinta kita orang kuat and jauhi segala maksiat.. Tuh yang mira nak tapi mira tak berharap pun tuh kalau ada jodoh antara kami. Mira perasan yang mira cepat sangat mesra dengan dia dah macam 2 tahun kenal.. Dia pun cakap benda yang sama.. maybe kitaowang serasi sebab tuh mudah mesra kan ? Haha..

Dia tertarik dengan mira sebab mira suka senyum, ketawa, happy, manja dan garang.. Tuh yang dia cair bila dengan mira.. Dia pernah cakap nak turun JB semata-mata nak jumpa mira sebab rindu katanya padahal tak pernah jumpa.. Tapi mira kan nak pergi plkn so tak dapat lah nak jumpa dia. Uhuks.. My mum pun suka dekat dia so apa lagi. Haha Familynya sangat ok bagi mira sebab dia ada 14 adik beradik dan dia yang ke 5. Cop! Sama dengan mira anak ke5. Haha Walaupun dia manusia yang sangat bz but mira kena faham dari sekarang bila malam mesti spend time and buat mira ketawe sebab tuh mira tak kesah yang penting jangan lupa mira.. Benda yang makin mira terkejut dia cakap dia nak meminang mira ? OMG serius ? dalam hati cakap gila ke mamat nie. Tapi tggu dia abeskan master la. So lama lagi. Kahkahkah buat kita terperanjat jewp..

Dia suruh mira lawan dia sampai master. Ceh! Bagi cabaran eh. Insha-Allah siapa yang tak nak kan ? Dia ajak mira apply study dekat kelantan or dekat2 kelantan iaitu terengganu ke perak ke.. Boleh lah dia jaga mira.. Yang paling penting dia sangat romantik !!! Harapan mira kalau kami ada jodoh satukan lah kami sampai akhir hayat. Aminnn :)) Eh rasa kowang macam dah ngatuk sebab baca entry jiwang kan ? hehe.. So mira stop sampai sini dan mesti kowang tertanya-tanya siapakah lelaki itu ? rahsia antara mira dan allah sahaja.. Tggu mira akan kenalkan dia dekat awak semua yang penting kami sedang dalam perkenalan..


*Mira teringin sangat nak jumpa abg --> For you (dia)  :)

Luahan seorang wanita
Mierastira :)



\\ MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK YANG TERASA , ENJOY //