WHO ARE YOU TO JUDGE THE LIFE I LIVE? I KNOW I'M NOT PERFECT AND I DONT LIVE TO BE BUT BEFORE YOU START POINTING FINGERS MAKE SURE YOU HANDS ARE CLEAN :D

Friday, November 14, 2014

15112014



Assalamualaikum..

Ok kali nak serius sikit nak bercerita dengan kowang.. Hee Actually da lama tak post rasa macam kosong je otak nie lagi2 dengan kemalasan nak menaip, bercerita nak tapi nk menaip malas ya amat. So tengah cuti sem nie, mira nak share la sikit-sikit cerita sedih, gembira, kecewa semua ada taw.. Semua mira dok pendam dalam hati ini. Ramai jugak kawan2 tegur " Mira kau tak main belog lagi ke " Mira hanya mampu cakap busy la. Memang takde masa pun nk bercerita, lau tak percaya time study nk buat post, baru separuh menaip ade yang panggil, ade hal laa. Macam2 so semua yang separuh jalan dijadikan sebagai draf. Bila nak sambung balik memang kosong.. Haa. Tuh sebenarya masalah mira..

Now, time nak share cerita pasal study mira tapi da lepas lah semester 2.. Next sem will be sem 3. Hoorayy. Masa bergerak begitu pantas sekali, Kowang pun tahu kan mira study di POLITEKNIK MERLIMAU ? mira amik kos yang tersangat killer iaitu Ukur tanah.. Sangat mencabar sem 2 nie sebab banyak benda akan dibelaja dan perlu di belaja.. Sem 1 takde la macam nie still boleh rest taw. Subject semua kebanyak kan kena buat menggunakan computer software CDS, AUTOCAD semua yang kena ade skill. Kalau takde skill confrom hanyut. Lepas tuh busy dengan kerja luar iaitu mengukur segala lapangan yang rata kat poly tuh hah. Panas kau tau ? Lau pagi takpe la dapat la jugak vitamin C, nie kalau da sampai tengah hari bukan nye vitamin c tapi nak membakar muka nie hah. Nak tak nak kena harungi juga tapi sem ini memang agak mencabar iman jugak la. Setiap kali nak buat praktikal mesti kena buat banyak kali, Asyik tak close lah, Tak sampai piawai la nilai nisbah. Hmm Nak tak nak kena berusaha lebih la nak dapat yang terbaik. 

Yang paling mencabar bila kena ukur bangunan JKA.. Besar weyh dok angkut edm sana sini kira sana sini, Memang memenatkan lagi2 masa tuh tengah puasa. Mak aii sangat dahaga. Nak tanya kena tahan iman kena kuat, time mengukur bangunan JKA la paling banyak aku buat kesilapan.. Sumpah terasa diri nie sengal pun ade and careless pun ade. Stress tau.. Last2 alhamdullilah team mira dapat abes kan semua dengan terbaik.. Syukur sangat.. Lau tak masa final team mira dok mengukur lagi. Hee. Masa sem 2 nie la mira duduk rumah sewa. Haish memang asyik sengkek jewla kerja nya nasib baik ayah seorang yang memahami mira. Masa mula2 duduk uma ade je yang tak kena sampai pernah sekali ade nk bergaduh dengan housemate. Tapi tuh kisah yang lepas yela memasing ade sifat sndiri. Dulu masa duduk asrama hanya roomate je tau peragai roomate dowang. Haha

Macam kelakar pun ade bila teringat balik.. Student bila da ada rumah sendiri dan sentiase busy, bilik memang tak terurus la. Banyak ular sawa sana sini.. Rambut gugur yang boleh jadi rambut palsu pun ade. Nak buat macam mana, nasib baik ade jugak la salah seorang housemate pembersih so boleh la jaga2 uma tuh. Haha Mira sem 2 nie memang banyak berjalan la. Hari minggu mesti nak g sana lah sini lah. Bosan duduk rumah nasib baik kereta mira tak pernah buat hal. Hihi Kowang jangan ikut peragai mira nie. Haha Ok lah mira kena berhenti sampai disini dulu. Ada masa mira akan menaip cerita lain pulak..

Sekian,
Mierastira



\\ MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK YANG TERASA , ENJOY //