Aku keseorangan pernah kau ambil tahu.. Aku kesepian pernah kau pedulikan.. Aku tak larat menerima semuanya dan menanggung apa yang telah terjadi tapi aku cuba dan cuba memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik tapi pernah kau rasa apa yang aku rasa selama ini.. Kau hanya cuba mencari kesempatan dalam perasaan aku agar aku sakit hati dengan semua benda..
Dalam diam aku menangis.. Aku melihat segala tingkah laku kau yang sangat kau bangga kan itu. Tapi sekarang kau jauh jauh dari hidup aku. Mengapa kau pergi begitu sahaja tanpa memikirkan perasaan aku. Aku terseksa ! Aku hanya mampu berdoa agar kau kembali padaku satu hari nanti.. Mengapa ungkapkan sayang dan cinta tapi kau hanya sandiwara dengan perasaan itu..
Dulu........
Kau miliki hatiku..
Kau lengkapkan segala kekurangan ku..
Kau buat aku bahagia..
Kau beri aku keseronokan..
Kau penuhi hari-hari aku..
Kau buat aku bangga miliki kau..
Sekarang.......
Kau pergi begitu sahaja..
Kau tinggalkan aku keseorangan tanpa meninggalkan berita..
Kau mungkir segala janji yang kita rancang..
Kau buat aku nangis tanpa henti..
Kau buat aku patahh semangat untuk teruskan hidup..
Tapi.......
Aku bersyukur kerana memiliki tuhan yang sentiasa bersama aku..
Dia lah pendengar yang paling setia bila aku kesedihan..
Dia mengajar aku agar kuat menerima segala dugaan yang dia turunkan..
Dia buat macam tuh sebab apa yang berlaku ada hikmahnya..
Ya allah..
Hari ini....
Aku kembali senyum..
Aku bahagia disisi keluarga..
Aku melupa segala..
Aku mulakan hidup baru tanpaa kau..
Aku bahagia pernah mengenali kau dulu.
Syahdu tak ? Tiba-tiba aku rasa nak luahkan apa yang aku rasa sekarang.. Macam ini lah masalah percintaan. Kecewa sikit nak bunuh diri lah tuh la.. So egat yang kita nie ada agama dan mempunyai tuhan yang maha pengasih.. Fikir yang terbaik.. Sebab kita mempunyai banyak masa untuk teruskan hidup dan memperbaiki segala kesilapan... Selagi kita hidup. Penuhi dada dengan kegembiraan bukan kesedihan. Bendaa ini pernah berlaku pada diriku sebab itu aku sudi mengongsi..
Sekian..