WHO ARE YOU TO JUDGE THE LIFE I LIVE? I KNOW I'M NOT PERFECT AND I DONT LIVE TO BE BUT BEFORE YOU START POINTING FINGERS MAKE SURE YOU HANDS ARE CLEAN :D

Friday, November 8, 2013

Pengalaman SPM kita :)

Hai. Assalamualaikum..

Malam yang sejuk ini membuatkan aku nak menaip something dekat blog ne.. Dalam suhu yang sejuk ini hati aku tetap panas sangat sebab phone kesayangan aku tak nak hidup.. Merajuk agaknye sebab sebelum phone tuh jadi cm tuh aku ada cakap kat mama yang aku nak beli samsung Note3 disebabkan aku terpengaruh iklan tv. Haishh kuat nye merajuk phone aku ne. Stress ! Dah dua kali phone aku cam ne. Sebelum ne ada jugak pasang angan nak beli iphone5s terus tak leh hidup.. Hmm. Insha-allah esok baik lah phone aku tuh --' Macam beriya kan cerita aku ? Ok malam ne aku bukan nak berleteh pasal phone. Tapi aku nak share pasal pengalaman spm aku. Agak lucu bila diingatkan balik tapi bunyi macam dah lama aku lalui spm padahal baru tahun lepas aku hadapinye..

Masa form4 aku kena masuk kelas Science yang tak berapa aku minat. Tapi cikgu kecik tuh suka2 hati masuk kan aku kat kelas science. Result pmr aku tak lah gempak tapi still tercampak kelas science.. Rasa menyesal sangat aku teruskan kelas science padahal boleh tukar kalau nak tukar, disebabkan tahun baru so azam semua baru. Macam2 azam aku tanam kat dalam diri siap list lagi. Tapi last2 kertas yang aku listkan da jadi tempat try pen2 yang aku baru beli. Haha Macam biase la orang kata form4 ne honeymoon so aku memang betul2 honeyymon.. Pergi sekolah paling best bila tahu cikgu tak datang lagi2 masa add math. Memang rasaaa kegembiraan tuh mebuak-buak bila tahu cikgu add math tak datang.. Aku bukan benci add math, aku memang suka kalau bab mengira atau main2 number tapi add math memang tak bolehh masuk otak aku.. Ada sekali aku ponteng class addmath, aku ponteng bukan menyorok ke apa tapi aku ponteng depan class. Cikgu mengajar kat dalam aku keluar diam2 duduk depan class berbual sambil tgok cikgu mengajar kat dalam.. Kenapa aku macam tuh sebab cikgu add math aku pernah cakap 

" kalau u rasa tak boleh masuk otak takpee.. Jangan risau biarkan"
"U tak nak belajar u keluar jangan kacau budak yang nak belajar"

Disebabkan dia cakap macam tuh aku dengan rela hati keluar dari class.. Aku bukan budak nakal tapi aku kalau belaja tak boleh masuk otak memang aku nak udara untuk bernafas that why aku keluar kelas.Subject killer bagi aku kimia dengan add math ne. setiap kali exam tak pernahhh lulus ! Haha Bukan aku seorang tapi semua budak melayuuu. Ape ntah masalah aku. Tapi kadang2 aku usaha jugak nak belaja add math sampai da tak boleh aku tertidur masa cikgu mengajar. Walupun dari form 1 sampai form 5 aku tak pernah duduk sebelah membe aku, Pasangan semeja aku tak budak india mesti cina sebab aku yang nak duduk dengan bangsa lain, yang aku duduk tuh selalu dapat number top5 dalam kelas. Tapi alhamdullilah final exam form4 gempak la jugak tapi tetap ada gagal iaitu subjek killer aku tuhh. Apa boleh buat berserahh jewlaa. Lagi satu benda yang paling aku suka buat bila cikgu tak datang kan aku buat lawatan ramai2 pusing satu sekolah dah macam guard sebab tepu gila duduk dalam kelas dan membe aku sowang ne suka bawak laptop p sekolah so kalau cikgu tak datang mula lah buka video lagu korea *Dulu aku dengan membe aku memang gila kan artis koreaa Tapi tuh dulu lahh dan kadang2 ambil gambar guna webcam lahh.. Nak bukti ? Tengok lah kat bawah ne..

------------------------->Takde Gambar pun<-----------------------

Sambung form5 tanam lagi azam baruuu.. Macam2 aku buat nak minat belajar subject killer aku tuhh. Ayah aku memang tegas sikit kalau bab belaja malam2 aku tak mengadap buku dalam 3jam aku tak bolehhh tidur. Err terseksa tapi bagus lah untuk masa depan aku tapi masa belaja tuh jugak aku curi2 main phone. Bila ayah datang buat2 belaja.. Lepas tuh asyik kuar masuk dapur je nak makan lah nak minum lah sebab nak pendekkan masa belajar aku. Kat sekolahh aku memang rajin buat homework semua tak pernah tak siap tapi kalau exam markah aku gitu2 je.. Subjek yang paling aku gila2 belaja matematik sebab ayah aku memang tegas kalau subjek math sebab tuhh aku paling takut kalau math aku gagal memang aku sorok markah aku. Tapi alhamdullilah subjek math aku sentiasa B+ tuhh yang sakit hati sejak2 dah tukar gred susah nak dapat A.. Add math pun aku usahaa gila2 sampai amik class tambahan dengan cikgu ain. Dia banyak tolong aku.. Sanggup balik sekolah pukul 5 sebab nak belaja add math ne dengan class tambahan kimia lagi takpe demi spm kan aku sanggup berkorban. 

Masa trial spm.. Still gagal jugak subjek killer aku tuh, aku macam nak hentak2 je kepala aku kat dinding.. Sampai cikgu kimia aku merajuk sebab ramai lagi gagal. Time tuhh aku rasa malu sangat tapi aku buat tak tahu yang penting aku dah usaha sepenuh hati aku. Frass semua adaa, Last2 minute nak spm macam2 aku dengan geng aku buat stdy group.. Lagi satu subjek mencabar bagi aku akaun boleh giler kalau tak imbang.. Tiap2 malam ajak daya, afiq, semua datang uma aku belaja akaun memalam sampai kol 11.. Ingat lagi malam keesokan exam akaun. Pergi rumah nenek daya stdy kat sana. daya, afiq, azizul, hanafi dengan mohd dan termasuk aku.. Memang bersepahhhhhhh rumah nenek daya tuh dengan kertas2 akaun. Banyak kali buat latihan rasa best sangat time tuhhhh sebab masing2 bersungguh2 nak akaun A+.. Benda yang paling aku igat. Tempat duduk aku dalam dewan peperiksaan sangat bosan sebab tempat aku belakang sekali lepas tuh tengah da macam pemantau dah and macam2 ragam dak2 spm semua aku nampak siap bye2 lagi bila ada yang lalu.. Dowang buat macam bukan spm bolehh gurau2 lagi dalam tuhh. Selalu nye orang tak nak msuk pintu depan tapi nak masuk pintu yang paling dekat dengan meja dowang yang aku ne poyo sikit masuk pintu depan sekali sebab aku punya meja belakang sekali so aku nak round satu dewan tuhh.. Tiap kali lalu meja membe aku memang aku kacau la tarik tudung la tuh la amik barang dia lah.. Jahat kan aku ? Haha 

Masa akaun tuh lah aku beralih tempat duduk dekat dengan dak2 kelas aku dengan dak2 sekepala dengan aku.. Memang best gilaa exam akaun sebab akaun last paper so semua xcited berlumba2 yang paling egat ayat kalau da siap mesti tanya membe sebelah " kau imbang tak"  Kalau sorang imbang and sorang tak imbang memang yang tak imbang tuh dah mula kelam kabut lahh.. Bila lonceng da bunyiii semua menjerit sampai pengawas tuh marahhh.. Dah kutip kertasss.. semua lari kat membe masing2 tanya soalan yang sama jugak la.

"kau imbang tak"
"Masa tak cukup la, aku tak sempat buat"

Tapi alhamdullilah. Aku dapat buat semua walaupun ada yang tak imbang tapi yang penting aku puass buat kertas akaun.. Kertas kimia, physic dengan add math pun aku boleh buat tapi subjek killer tuh aku keluar awal macam budak pandai padahal aku nak stdy next paper. Hihi Dan alhamdullilah result spm aku semuaaa lulusssss ! Takde gagal pun ! HAHAHAHAA *Ketawe berlagak So kowang yang nak spm tuh buat lah betul2 sebab kejayaan di tangan kowang jangan menyesal kemudian hari sudahh :) So pikir panjang..

*Post ini tertakluk pada pengalaman..

Mierastira

\\ MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK YANG TERASA , ENJOY //